Sekadar renungan kita bersama.

GURU PERLU MENJADI MAHAGURU
Sebagai pendidik, kita tidak seharusnya semata-mata menghambat atau dihambat masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Guru seharusnya berusaha meningkatkan diri menjadi seorang mahaguru dalam ertikata sebenar - bukan sekadar terliur dengan mata gaji, pangkat, gelaran dan sebagainya. Profesion perguruan terletak di hati dan bergantung pada keikhlasan, bakat dan kemahuan untuk meningkatkan ilmu dalam bidangnya. Seorang guru mahaguru akan diingati orang kerana kata-kata dan tindak tanduknya sebagai seorang guru, manakala guru 'biasa' akan diingati orang sambil lalu atau secara tidak sengaja kerana namanya tertera pada papan kenyataan mantan guru sekolah.

4 comments:

  1. Ya, saya setuju dengan pandangan cikgu!^^

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  3. saya juga bersetuju dengan pendapat cikgu,,nice blog.

    ReplyDelete
  4. tahniah cikgu...blog yg menarik dan berinformasi

    ReplyDelete